Popular Posts
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ dan salam sejahtera. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ “Hai orang-orang yang beriman:...
-
Keamanan serta kemerdekaan yang kita kecapi & nikmati hari ini bukalah murah. Mari kita hayati kisah wira Malaysia & mohon rakan2 s...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ & salam sejahtera... Bukan niat aku nak menuduh sesiapa, tetapi aku skeptikal skit dg...
-
Kejadian tembak menembak yang berlaku di Tesco Cheng. Maklumat awal. D9 Melaka/D9 Bukit Aman tembak mati 2/L/India. Suspek telah menembak...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ dan salam sejahtera. Umum mengetahui terdapat ajaran syiah yang meluas di Parti PAS ini...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ & Salam Sejahtera. اَلْحَمْدُلِلّهِ , amalan demokrasi di dalam PARTI KERAMAT UMNO te...
-
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan......... Tahukah anda semua ...
-
Macam mana la boleh dipilih menjadi Ahli Parlimen? Hari telah terbukti di mahkamah bahawa semua tuduhan serta fitnah yg dilemparkan oleh...
-
"Nak bawak balik si lahanat tu? Dia xtau aku bukan main susah naik bukit , turun payo lawan musibat tu, dio sonang2 yo nak bawak balik?...
-
Oleh Jonathan Weinberg 1 Comment APPLE MELEPASKAN IOS 7: TOP 10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG IPHONE BARU DAN SISTEM OPERASI IPAD 17 ...
Wednesday, September 25, 2013
Pray For ust Azizan
Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah,Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana masalah jantung yang serius.Doakan semoga Tan Sri Azizan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.
sumber http://www.facebook.com/AnalisisPolitikTerkini/posts/392990824163265:0
Tuesday, September 24, 2013
PANAS : CALON KETUA PUTERI BAHAGIAN DICULIK
Apa da jadi ni?
Ini didakwa bg menghalang beliau dari menghantar penarikan diri dari bertanding.
Seorang Calon Ketua Puteri Bahagian telah membuat satu laporan mendakwa dirinya telah diculik & dipukau selepas beberapa hari menghantar borang pencalonan.
Spekulasi yang tersebar mengatakan beliau telah diculik sepanjang proses bertenang.
Maklumat baru yang diterima mengatakan:
Beliau telah DIPUKAU bagi menandatangan borang penarikan diri
Beliau telah DIPUKAU bagi menandatangan borang penarikan diri
Adakah tangan ghaib ini mempunyai kuasa yang hebat sehingga mempunyai kuasa memukau?
Di khabarkan polis telah pun membuat siasatan dan satu laporan telah dibuat.
Labels:
Puteri
Demi Kebanggaan Melaka!
Buktikan Kesetiaanmu!
Kalau org luar boleh, kenapa tidak kau anak melaka?
#DEMI MELAKA!
Mafla - Melaka
Produk rasmi Penyokong Bolasepak Melaka
RM40
CARA MEMBUAT TEMPAHAN
1.Pilih barangan yang hendak dibeli.
2.Inbox / sms ke *017-665 1205* / emelkan tempahan anda ke *jebatstore@yahoo.com* dengan butiran2 berikut ;
-Nama
-Nombor telefon
-Alamat
-Barangan yang hendak dibeli & butirannya (Saiz/Negeri/Warna dsb)
3.Tunggu maklum balas dari saya.
4.Bank-in bayaran ke akaun CIMB / Maybank saya. Butiran akan diberikan di kemudian.
5.Selesai pembayaran, tunggu saja penghantaran poslaju ke pintu rumah anda dalam masa sehari dua. ^^
PERHATIAN
Pos menggunakan perkhidmatan pos laju. Kos handling & shipping adalah RM7 untuk semenanjung Malaysia. Sabah & Sarawak RM10.
Produk rasmi Penyokong Bolasepak Melaka
RM40
CARA MEMBUAT TEMPAHAN
1.Pilih barangan yang hendak dibeli.
2.Inbox / sms ke *017-665 1205* / emelkan tempahan anda ke *jebatstore@yahoo.com* dengan butiran2 berikut ;
-Nama
-Nombor telefon
-Alamat
-Barangan yang hendak dibeli & butirannya (Saiz/Negeri/Warna dsb)
3.Tunggu maklum balas dari saya.
4.Bank-in bayaran ke akaun CIMB / Maybank saya. Butiran akan diberikan di kemudian.
5.Selesai pembayaran, tunggu saja penghantaran poslaju ke pintu rumah anda dalam masa sehari dua. ^^
PERHATIAN
Pos menggunakan perkhidmatan pos laju. Kos handling & shipping adalah RM7 untuk semenanjung Malaysia. Sabah & Sarawak RM10.
Labels:
Ultras
Siri 3 PENDEDAHAN PANAS DAP
BERMULANYA PENIPUAN DALAM CEC KE 16
Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali.
Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan. Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC.
Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC.
Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian.
15-25 ahli – Seorang perwakilan
26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan
51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan
Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865 cawangan adalah 2576 orang.
Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka.
Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan bapanya.
Semakan yang dilakukannya mendapati mereka dua beranak akan berada di tangga yang lebih bawah daripada calon-calon lain. Lim Guan Eng menangguh untuk memanggil Kongres Kebangsaan dan meminta dua orang suruhannya iaitu Anthony Loke dan Tony Pua melakukan kajian lanjut ke atas perwakilan bagi mengetahui tahap sokongan mereka terhadap Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kumpulan Lima Harimau.
Keputusan kajian yang dilakukan oleh Anthony Loke dan Tony Pua mendapati Lim Kit Siang mampu memperolehi 1060 undi dan berada di tangga ke 11. Lim Guan Eng pula hanya mampu meraih 1029 undi dan berada di tangga ke 13. Manakala kumpulan Lima Harimau menduduki tangga lima teratas.
Teng Chang Kim - 1905 undi
Nga Kor Ming – 1828 undi
Chow Kon Yeow – 1739 undi
Boo Cheng Hau – 1711 undi
Ngeh Koo Ham – 1577 undi
Antara sebab perwakilan tidak mahu mengundi Dinasti Lim kerana sikap bodoh sombong serta angkuh Lim Guan Eng. Manakala perwakilan kaum india pula marah kerana isu Kampung Buah Pala.
Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan lagi untuk memanggil Kongres Kebangsaan kerana sebab-sebab ini. Dia meminta Tony Pua dan Anthony Loke melakukan sesuatu bagi memastikan bapa dia berada di tangga pertama, dia di tangga kedua, Karpal Singh di tangga ketiga dan dua lagi orangnya berada tangga lima teratas menerima undi terbanyak.
Tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya. Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC perlu diadakan sebelum berakhirnya tahun 2012. Sekali lagi Lim Guan Eng mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan taktik kotor untuk memastikan Dinasti Lim terus menguasai DAP.
Perlembagaan DAP menetapkan notis untuk memanggil Kongres Kebangsaan perlu diberikan kepada perwakilan dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh kongres.
Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang.
Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut.
1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti.
2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis.
3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka.
4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC.
5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan.
6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau.
7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua.
Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku kelewatan yang ketara. Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah.
Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua.
Lim Kit Siang – 1607 undi
Lim Guan Eng – 1576 undi
Karpal Singh – 1411 undi
Chong Chieng Jin – 1211 undi
Anthony Loke – 1202 undi
Vincent Wu – 1202 undi
Tan Kok Wai – 1199 undi
Gobind Singh – 1197 undi
Tony Pua – 1162 undi
Teng Chang Kim – 1152 undi
Fong Kui Lun – 1137 undi
Nga Kor Ming – 1075 undi
Chong Eng – 1006 undi
Chow Kon Yeow – 986 undi
Liew Chin Tong – 984 undi
M. Kulasegaran – 984 undi
Boo Cheng Hau – 958 undi
Teresa Kok – 925 undi
Teo Nie Ching – 903 undi
Ngeh Koo Ham – 824 undi
Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP,Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi. Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal.
Apa yang terjadi seterusnya ? Saya akan dedahkan dalam episod yang akan datang.
Posted by Peter Chan at 10:26 AM
PANAS: DAP KASI PENANG MUFLIS!
Apa sudah jadi DAPig Guan Eng...!!! Mengapa pelabur-pelabur sudah mula tinggalkan Pulau Pinang?
Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.
Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.
Baca Selanjutnya >DISINI<
Tahniah PR , SILAT SUDAH DIHARAMKAN DI BUMI MALAYSIA!
Cukuplah gambar ini berbicara.
Mana pendeta2 yang mengagungkan PAKATAN RAKYAT!
Oh.. Hampir aku terlupa..
Mereka ini "pemikir PR" tidak mementingkan bangsa.
Biarlah bangsa ini dibangsatkan..
Namun tidak bagi kami! DAP PENGKHIANAT haruslah ditentang!
Baca entry penuh disini
WAJIB BACA: @krustudio VIKINGDOM Bikin Panas
Tahniah di ucapkan kepada KRU kerana berani mencuba pasaran luar Malaysia dalam penghasilan filem 3D yang bertaju VIKINGDOM.
Usaha anak muda Malaysia ini harus diberi pujian kerana mereka berani mengambil risiko serta menyahut seruan kerajaan bagi menarik peminat luar pada industri Malaysia.
Namun usaha ini cuba digagalkan oleh pihak luar apabila mereka menghentam KRU kerana jalan cerita yang salah walaupon pada hakikatnya KRU sudah mengeluarkan statement yang cerita ini hanyalah fantasi berdasarkan kisah Viking Dan Thor
Usaha anak muda Malaysia ini harus diberi pujian kerana mereka berani mengambil risiko serta menyahut seruan kerajaan bagi menarik peminat luar pada industri Malaysia.
Namun usaha ini cuba digagalkan oleh pihak luar apabila mereka menghentam KRU kerana jalan cerita yang salah walaupon pada hakikatnya KRU sudah mengeluarkan statement yang cerita ini hanyalah fantasi berdasarkan kisah Viking Dan Thor
baca kritikan mereka pada KRU : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/09/23/kru-studios-shoots-itself-in-the-foot/
TAHNIAH ANAK MELAYU SELANGKAH KEHADAPAN!
Terpilih atau Dipilih
Norma masyarakat kini lebih tertumpu apa yang bakal diperolehinya atau ganjaran untuk sesuatu tugas. Balasan dalam pelbagai bentuk yang memungkinkan memadam nilai murni. Bagaimana ianya secara perlahan diterapkan dan menjadi sifat tambahan? Dari mana ianya wujud? Kenapa ianya tak pernah dibongkar?
Secara umunya setiap orang ada rahsianya sendiri, dan rahsia itu dikongsi dikalangan orang kepercayaan mereka. Rahsia yang paling selamat adalah secara lisan, percakapan antara dua muka tanpa ada orang ketiga. Apapun yang berlaku hanyalah mereka berdua sahaja. Rahsia melalui pesanan ringkas, surat atau emel adalah bukti yang nyata.
Halus atau besarnya suatu rahsia ditentukan oleh sebanyak mana kesannya keatas sistem organisasi itu, tetapi sejauh mana keikhlasan dan kejujuran penyimpan rahsia itu sendiri. Tatkala Si Kawan gah meneraju dan mewah atas hasil usahanya, cemburu mula menguasai. Di waktu ini merasakan diri tertindas dan ketidakpuashatian. Misi bermula dengan mencari pengaruh dan yang sependapat dengannya, rahsia mula terurai satu persatu.
Itulah norma yang berlaku, tidak puashati apa yang ada sekarang. Rezeki itu Allah tentukan. Setiap mereka tidak akan menerima hasil yang sama. Tiada malu lagi pada diri, hanya fikirkan diri sendiri yang terbaik.
Takdir atau ketentuan, adalah dari hasil Doa anda sekelian. Semakin dekat padanya semakin kita diuji... MRAJ
Secara umunya setiap orang ada rahsianya sendiri, dan rahsia itu dikongsi dikalangan orang kepercayaan mereka. Rahsia yang paling selamat adalah secara lisan, percakapan antara dua muka tanpa ada orang ketiga. Apapun yang berlaku hanyalah mereka berdua sahaja. Rahsia melalui pesanan ringkas, surat atau emel adalah bukti yang nyata.
Halus atau besarnya suatu rahsia ditentukan oleh sebanyak mana kesannya keatas sistem organisasi itu, tetapi sejauh mana keikhlasan dan kejujuran penyimpan rahsia itu sendiri. Tatkala Si Kawan gah meneraju dan mewah atas hasil usahanya, cemburu mula menguasai. Di waktu ini merasakan diri tertindas dan ketidakpuashatian. Misi bermula dengan mencari pengaruh dan yang sependapat dengannya, rahsia mula terurai satu persatu.
Itulah norma yang berlaku, tidak puashati apa yang ada sekarang. Rezeki itu Allah tentukan. Setiap mereka tidak akan menerima hasil yang sama. Tiada malu lagi pada diri, hanya fikirkan diri sendiri yang terbaik.
Takdir atau ketentuan, adalah dari hasil Doa anda sekelian. Semakin dekat padanya semakin kita diuji... MRAJ
Sniper Malaysia : Kisah Yang Harus Di Sebarkan
Keamanan serta kemerdekaan yang kita kecapi & nikmati hari ini bukalah murah.
Mari kita hayati kisah wira Malaysia & mohon rakan2 sebarkan kisah ini.
Sekalung tahniah serta doa dari kami anak MALAYSIA utk wira yang terus berjuang membantu Dunia kita lebih AMAN!
Source : http://www.yastro.net/2011/01/malbatt-di-somalia-dari-kisah-seorang.html?m=1
Ini ada satu lagi peristiwa tentera kita yang terkorban di Somalia. Rata-rata forumers tak pernah bercerita tentang dua anggota tentera kita yang terkorban. Mereka adalah Alahyarham Ssgt Azman dan mendiang Lkpl Ganie. Konvoi mereka diserang hendap pada 18 July 1994.
Detik-detik cerita adalah begini.
Pada 17/7/94 jam selepas isyak, Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan.
Pada 17/7/94 jam selepas isyak, Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan.
Tim kami pada masa itu bertugas bi bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu.
Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman,Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.
Pada jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).
Dari pagi hingga petang tak ada rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk, kesemua panggilan dari markas Malbatt.
Mereka memberi arahan untuk standby untuk pergi bertempur di pasar Bakara. Saya tanya pasal apa dan mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita yang saya terima dari NGO tu kawan saya.
Apa yang saya diberitahu kita punya Gen. Aboo Samah sudah warning Gen. Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs.
Lebihkurang jam 2330hrs saya diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasandimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur.
Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan Sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh membakar. Apabila sampai ke lokasi, saya tengok ada 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4.
Sesampai di sana saya pun memeriksa anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu "diorang tembak Ganie hidup-hidup!!".
Dia orang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada kesan tembakan.
Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati. Saya terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat.
Tembakan pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India (Nama tak ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak sambil berkata "Bang diorang dah bunuh kawan kita".
Apabila anggota lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka.
Pada kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak, mengapa?
Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata 'apa yang lelaki boleh buat kami pun boleh buat'. Mustahil, kami ni yang hardcore pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa.
Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.
Ok lah saya pun dah nak ke KL ni ada kerja mungkin dilain masa saya cerita pertempuran di Wilayah Afgooye pula.
P.S Semasa saya mengungkap kembali peristiwa ini saya menangis terkenangkan kawan yang terkorban.
* Kisah ini diambil dari Forum PanggilanPertiwi . Kredit/setinggi2 terima kasih saya kepada sniper gunung yang sudi mencoretkan secebis pengalaman beliau semasa bertugas di Somalia. Rasa terharu dan bangga dengan pengorbanan yang dilakukan mereka.
Semoga menjadi tauladan kepada generasi sekarang dan akan datang.....
Gambar Suspek Pembunuhan Polis Allahyarham Koperal Zal-Azri
Gambar yang dipercayai suspek pembunuhan polis di Cheng Melaka.
Alfatihah kita sedekahkan kepada Allahyarham Koperal Zal-Azri. Semoga ruhnya dicucuri rahmat.
OPCANTAS UMNO PAU2013
Sedarkah kita misi sebenar Perjuangan ini adalah PRU14?
Hampir 9 Juta iaitu 40% adalah dari generasi muda yg baru mengundi?
Usia bukan lah segalanya namun, pewakilan haruslah memilih serta menilai setiap CALON dengan hak yang diberikan bg memperoleh kepercayaan pengundi ini.
Umum mengetahui persepsi anak muda tentang UMNO : RASUAH & KRONI!
Ayuh.. Pilih CALON yang benar2 layak bagi persiapan PRU 14 ini. Merka yang dapat mengubah persepsi buruk parti KERAMAT INI!
Kata mereka UMNO mengutamakan bangsa dan menolak agama!
Oleh itu ingatlah pewakilan :
Singkirkan mereka yg tidak amanah!
Singkirkan mereka yang terus membawa agenda peribadi!
UNDI ANDA MENENTUKAN MASA DEPAN PARTI KERAMAT INI!
Monday, September 23, 2013
POLIS : ANJING? Penyokong DAP semakin biadap!
Perginya seorang anggota polis PDRM pada pagi ini amat memilukan hati.
Bagi kami yang duduk dimelaka amat terhutang budi pada arwah yang menggadaikan nyawa bagi membanteras gejala samseng di bumi bertuah ini.
Namun adakah DAP sekali lagi membenarkan pengikutnya menyamakan PDRM sebagai ANJING?
Lihat entry Dari DR M I M
BIADAP ! PENYOKONG DAP MENCARUT HINA POLIS DALAM FB GUAN ENG DAP !!! @PDRMsia
Kurang ajar ! Satu lagi penghinaan terhadap pihak polis tetapi ianya tersebar di dalam facebook Lim Guan Eng DAP, Setiausaha Agung DAP yang sekarang ini berdepan dengan krisis dalaman parti yang sungguh memalukan sekali dek pemilihan CEC parti itu.
Anda baca printscreen di bawah :
Entry penuh di : http://novandri.blogspot.com/2013/09/biadap-penyokong-dap-mencarut-hina.html
Anda baca printscreen di bawah :
Sumber : fb guan eng Penyokong DAP yang biadap kurang ajar itu bernama Gary Loh dan berikut adalah link facebooker tersebut : https://www.facebook.com/gary.loh.355 |
Entry penuh di : http://novandri.blogspot.com/2013/09/biadap-penyokong-dap-mencarut-hina.html
Semoga ruh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang beriman
Liputan dirumah arwah oleh Analisi Politik Terkini :
Tok Ali Pejuang Agama Bangsa Tanahair!
Tahniah Tok Ali
Takkan berlaku penarikan diri
Calon 06
Video: http://jinggo-fotopages.blogspot.com
Video: http://jinggo-fotopages.blogspot.com
Stress? ceria2 dulu....
Salah seorang Pemuda, dah Menteri pun sekarang.,.,., Ambilnya sebagai idola, contoh atau apa sahaja,
JAdi korang yang stress dan pening mening tu layan dulu video nie. Kalau - kalau lar ada idea timbul ke lepas tonton nie...
Tangan Ghaib Terus Menaja Kempen Puteri Alor Gajah
Menjelang pemilihan agung yang bakal menjelma, pertandingan Puteri UMNO ALOR GAJAH semakin rancak . Pada mulanya ketua puteri telah membuat statement di akau facebook miliknya bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan dan MEMBERI LALUAN kepada naibnya.
Namun apa yang telah terjadi sebaliknya.
Pada hari penyerahan borang sabtu lepas, dua borang telah di terima bg pencalonan ketua Puteri Alor Gajah.
Berbagai spekulasi timbul selepas hari itu.
Benar kita mengamalkan demokrasi. Tetapi mengapa calon ketua puteri yang lagi seorang ini mengatakan dirinya terperangkap utk menawarkan diri ketua puteri Alor Gajah?
Apakah habuan / balasan / sebab yang mengatakan dirinya terperangkap?
Naib Ketua Puteri Azniza Ahmad Khuzari yang juga calon "DIBERI LALUAN" berkata "matlamat perjuangan kami adalah memperkuatkan kembali yang telah berpecah akibat isu-isu dalaman sayap ini sendiri. Kami bertekad utk menyatukan kembali serta mengembalikan kegemilangan PUTERI UMNO ALOR GAJAH. Puteri adalah "Permata Negara"
Labels:
Puteri
Sunday, September 22, 2013
Wajib Baca: Polis Mati Di Serang Gangster
Slmt pagi tn. Kejadian anggota diserang saspek dan mninggal dunia.
Pd 23.9.13 jam lkrg 0200hrs, sepasukan polis dari D4 IPK yg diketuai Insp. Zainal Mohyan bersama 4 anggota mjlnkn Ops. Lejang di M Chua Trading, Lot 1-49, kws Industri Cheng,Jln TTC 4, Melaka.
Semasa ops. dijalankn pasukan polis telah diserang oleh sekumpulan lelaku Melayu (dlm 4 org). Ekorannya, Salah seorg anggota telah mninggal di tempat kejadian.
Butir2 Si mati
Nama : Zal - Azri Bin Abdul Soway
RF: 147723
Kahwin dan 2 org anak.
Asal : Pulau Pinang.
Siasatan masih dijalankn. Forensik dan OCCI sdg berada tempat kejadian. Punca kematian masih belum dikenalpasti.
Utk makluman awal. Tk
TERKINI: Polis Maut di Hentak Batu Di Melaka
maklumat baru yang kami terima : http://www.puake.net/2013/09/wajib-baca-polis-mati-di-serang-gangster.html
Seorang Anggota Polis Maut di Hentak Batu Dalam Ops Cantas Khas | Seorang anggota polis yang sedang menjalankan Ops Cantas Khas maut selepas dihentak dengan batu di kepala oleh seorang anggota kongsi gelap di Melaka, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki sebelum dua daripada mereka ditahan, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam belukar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ketika mangsa mengejar seorang suspek itu, berlaku bergelutan sebelum anggota polis dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia.
DMDI: SIMPOSIUM SERANTAU ASAL USUL MELAKA
Sesiapa yang berminat untuk menyertai SIMPOSIUM SERANTAU ASAL USUL MELAKA anjuran DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM BERSAMA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA SILA HADIRKAN DIRI TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI PADA :
TARIKH : 1 OKTOBER 2013 (SELASA) MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SERI NEGERI , AYER KEROH
~~ Berdiri diatas kaki sendiri ~~
Memenangi sesuatu adalah satu hasil upaya atau kederat sendiri dengan bantuan dari sekeliling. Bagaimana untuk menang, ia perlukan strategi dan segala kepandaian mahupun jua pengalaman yg ada. Bijak bermain kata ditambah dengan aura diri yang sedia ada, seiring dengan kekuatan.
Mempertahankan adalah perkara yang paling susah, bila kala kita berada di atas pastinya tidak akan mudah untuk jatuh semula ke bawah. Dalam mempertahankan tidak susah jika kita berada dalam perjalanan yang betul dan disenangi. Dalam arus pemodenan ini, banyak yang sudah berubah, dahulu 'Berani kerana Benar, Takut kerana Salah" tetapi waktu ini peribahasa ini menjadi songsang.
Masyarakat kini adanya yang takut hendak bersuara disebabkan kerana suatu kebenaran, tetapi lebih menegakkan benang yang basah. Lebih parah lagi benang yang sudah terbakar pun masih jua hendak diberi harapan.
Melihat ke organisasi suatu pertubuhan, apabilanya bermulanya perjalanan karier itu dia akan bertapak dari satu peringkat ke satu peringkat. Bila semakin lama, bertambah matanglah ia. Kematangan itu akan membentuk nilai peribadi insan.
Baru atau lama, sebenarnya tiada beza jika wawasan mereka dalam haluan yang sama. Idea disertakan dengan perlaksanaan akan nampak lebih baik. Telitinya perlaksanaan itu bila ia dirancang dengan teratur dan diuruskan dengan mereka bertanggungjawab...............
Memenangi sesuatu adalah satu hasil upaya atau kederat sendiri dengan bantuan dari sekeliling. Bagaimana untuk menang, ia perlukan strategi dan segala kepandaian mahupun jua pengalaman yg ada. Bijak bermain kata ditambah dengan aura diri yang sedia ada, seiring dengan kekuatan.
Mempertahankan adalah perkara yang paling susah, bila kala kita berada di atas pastinya tidak akan mudah untuk jatuh semula ke bawah. Dalam mempertahankan tidak susah jika kita berada dalam perjalanan yang betul dan disenangi. Dalam arus pemodenan ini, banyak yang sudah berubah, dahulu 'Berani kerana Benar, Takut kerana Salah" tetapi waktu ini peribahasa ini menjadi songsang.
Masyarakat kini adanya yang takut hendak bersuara disebabkan kerana suatu kebenaran, tetapi lebih menegakkan benang yang basah. Lebih parah lagi benang yang sudah terbakar pun masih jua hendak diberi harapan.
Melihat ke organisasi suatu pertubuhan, apabilanya bermulanya perjalanan karier itu dia akan bertapak dari satu peringkat ke satu peringkat. Bila semakin lama, bertambah matanglah ia. Kematangan itu akan membentuk nilai peribadi insan.
Baru atau lama, sebenarnya tiada beza jika wawasan mereka dalam haluan yang sama. Idea disertakan dengan perlaksanaan akan nampak lebih baik. Telitinya perlaksanaan itu bila ia dirancang dengan teratur dan diuruskan dengan mereka bertanggungjawab...............
Keputusan Penuh Liga Melaka
Sumber : Penyokong Bolasepak Melaka
Keputusan penuh Liga Melaka/MAFA (Perlawanan pertama)
21 September 2013 (Sabtu)
UTeM 2-1 Persibu
Selat 1-2 Pengkalan
Gajah Berang 3-2 gerakan
Jkr vs Asa GP (game postpone, referee tak datang)
22 September 2013 (Ahad)
Melodi Jaya 2-1 Selasih
Surya 2-3 Tampoi
SAMB 1-1 Hulubalang
Kiddo kickers 3-0 Penjara Sg Udang (Penjara tidak datang)
Mana pasukan anda?
Labels:
Ultras
DOSA CHIN PENG & PERJANJIAN HAADYAI 1989 YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA !!
DOSA CHIN PENG & PERJANJIAN HAADYAI 1989 YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA !!
Di bawah adalah kenyataan Anwar yang mahu mayat Chin Peng dibenarkan di bawa ke Malaysia :
Kerajaan Persekutuan tetap bertegas agar mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia, namun ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza.
Mengulas mengenai pendirian kerajan itu, Anwar sewaktu bercakap kepada kira-kira 300 orang di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam berkata: "Yang sudah itu, sudahlah."
"Adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak. Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak. Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak," katanya.Anwar berkata beliau adalah menteri semasa pembentangan perjanjian damai Haadyai tahun 1989. Malangnya, kenyataan beliau itu seolah-olah beliau tidak tahu isi kandungan perjanjian tersebut.
"Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju.
"Kenapa mereka (kerajaan BN) ini dengan apa-apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN) setuju tandatangan perjanjian?
"Ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," kata Anwar.
Kerajaan ketika itu (dan Anwar salah seorang Menterinya) bersetuju dengan perjanjian tersebut di atas sebab Parti Komunis Malaya (PKM) berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka, PKM dibubarkan, ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia dan beberapa lagi persetujuan yang lain.
Perjanjian damai itu adalah satu tawaran one-off sahaja untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan PKM yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat. Di antara klausnya :
a. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani.sumberJika merujuk klaus di atas, ahli-ahli PKM diberi tempoh hanya setahun sahaja (sehingga Disember 1990) jika mahu kembali ke Malaysia.
Dan sehingga ke hari ini, kepimpinan DAP dan pembangkang terus mencetuskan persoalan kenapa Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Jawapan kepada suara-suara sumbang itu :
1. Chin Peng enggan kembali ke Malaysia ketika itu sehingga tamat tempoh setahun perjanjian itu (1989 - 1990). Sebaliknya, beliau memilih untuk menetap di sebuah perkampungan di Yala, Thailand.
2. Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.
3. Tawaran pengampunan semasa perjanjian damai Haadyai 1989 adalah dengan syarat pihak PKM membubarkan parti serta ideologi komunisme mereka.
4. Tetapi Chin Peng dilihat tidak mengaku bersalah di atas kematian ribuan perajurit dan orang awam di Malaysia ini apabila menulis ".....Saya tidak menyesalberjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil." sumber
Satu lagi fakta sejarah hitam Chin Peng ialah beliau pernah menyaman dan mengheret kerajaan Malaysia ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan pada tahun 2009.
Bagaimana pun, pada 27 Julai 2009, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak tuntutan bekas pemimpin komunis itu.
Apa yang dapat dilihat daripada fakta kes mahkamah, penolakannya disebabkan ketiadaan dokumen untuk menyokong permohonan Chin Peng bahawa beliau adalah rakyat Malaysia.
Sebenarnya Chin Peng dan juga Kerajaan Malaysia adalah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui bersama di Hadyai itu. Perjanjian itu antara lainnya menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk kembali ke Malaysia oleh ahli PKM adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebenarnya, Chin Peng menunggu hingga ke saat akhir untuk mengemukakan permohonanya untuk kembali ke Malaysia. Hanya beliau yang tahu kenapa tindakan sedemikian dilakukan.
Selaras dengan persetujuan dalam Perjanjian Damai, permohonan Chin Peng terpaksa melalui prosesnya, dan ia adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Dari segi kuat kuasa perjanjian itu, Kerajaan Malaysia adalah betul dan pihak-pihak yang terbabit tentunya mengetahui kedudukan ini. seterusnyaBagi MiM, isu ini sebenarnya adalah di antara satu individu (Chin Peng) berbanding dengan jutaan rakyat Malaysia bersama ribuan perajurit serta keluarga mereka.
Kerajaan telah berlaku adil apabila berpihak kepada rakyat Malaysia, perajurit dan keluarga mereka.
Di bawah adalah penjelasan menarik oleh saudara Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda UMNO Perak yang juga merupakan calon pilihan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Lihat video di bawah :
Video : Chin Peng komunis !
Sumber : http://novandri.blogspot.com/2013/09/dosa-chin-peng-perjanjian-haadyai-1989.html
Penang Signboard menggunakan bahasa kebangsaan DAP
Nah.. Tahniah pada juak2 yang menyokong dengan setia "khalifah lim guan eng" lepas jawi dihapuskan, sekarang digantikan bahasa kebangsaan DAP!
Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP sudah pun menunjukkan taat setianya dengan perjuangan Komunis yang selama ini menjadi pengganas di bumi Malaysia apabila secara terang-terangan menuatnaik gambar beliau memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.
Senarai calon PEMILIHAN UMNO pusat 2013
Berikut ialah senarai calon yang berdaftar untuk bertanding jawatan utama PEMILIHAN UMNO pusat 2013:
PENGERUSI TETAP :
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
PRESIDEN:
1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PRESIDEN:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
KETUA WANITA:
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
2. Raihan Suleiman Palestin
3. Datuk Maznah Mazlan
NAIB KETUA WANITA:
1. Datuk Suraya Yaacub
2. Datuk Azizah Mohd Dun
3. Datuk Hamidah Osman
KETUA PEMUDA:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
4. Abd Karim Ali
5. Irwan Ambak Khalid Izhar
NAIB KETUA PEMUDA:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohd Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun
KETUA PUTERI:
1. Mas Ermieyanti Shamsudin
2. Jamilah Hanim Othman
NAIB KETUA PUTERI:
1. Datin Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarikh Khan
3. Nazliah Ali
Perbanyakkan program keagamaan aspirasi Ghafaar Atan @ghafaar_atan @idrisharon66
Beliau turut menggesa agar semua parti politik mengetepikan peganggan serta perbalahan politik yang mengakibatkan pegangan akidah Umat ISLAM khasnya di Malaysia semakin goyah.
"Kita hendaklah mengambil iktibar dari perperangan salib dan jatuh bangun Empayar Othmaniah serta memperkasakan kembali akidah umat Islam di Malaysia. Kini mereka sewenang-wenangnya mempergadaikan KALIMAH ALLAH demi kepentingan politik masing2. " kata Ghafaar Atan dalam merasmikan program Maulud Di Bai'e di Felda Bukit Senggeh.
Beliau yang juga pengerusi Maulud Di Bai'e negeri Melaka menyatakan hasrat utk memperkenalkan program pada setiap minggu bermula dengan setiap Dun di Parlimen Alor Gajah.
Admin mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Ghafaar Atan kerana menggerakkan rakyat kearah keagamaan.
Semoga perwakilan pada kali ini dapat memilih beliau bagi terus menerajui UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)