Artikel asal : RBF ONLINE
Fail TTPM Terhadap Syabas : Rafizi Bodoh Atau Sabotaj Khalid Ibrahim ???
Ada sesetengah orang mengatakan Rafizi Ramli seorang yang cerdik. Ada sesetengah orang pula mengatakan dia seorang yang bodoh. Saya sendiri pun kata dia seorang yang bodoh. Kelulusan yang tinggi-tinggi bukan menjamin seseorang itu cerdik dalam semua hal. Dia mungkin cerdik dalam bidang yang dia belajar sahaja. Sebab itu kita selalu dengar bila ada kes tangkapan yang melibatkan kumpulan ajaran sesat, pengikut-pengikut yang ditangkap bukan calang-calang orang. Ada yang ditangkap itu daripada kumpulan profesional. Tetapi jenis Rafizi pula dalam bidang yang dia belajar pun dia bodoh. Dia belajar hingga jadi seorang akauntan, tetapi undang-undang BAFIA pun dia tak tahu.
Seseorang yang cerdik otaknya akan berjalan terlebih dahulu baru diikuti dengan mulut dan perbuatan. Jenis Rafizi pula mulut dan perbuatan dia yang bergerak terlebih dahulu, otak dia bergerak kemudian.
Dalam isu NFC dulu dia sendiri pun tak tahu beza antara NFC dengan NFCorp. Kemudian dia tembak Shahrizat tanpa henti. Bila kena saman dengan Shahrizat dan nak tutup malu dia dedahkan pula data bank suami Shahrizat. Bila kena tangkap dia melalak menyalahkan undang-undang BAFIA. Budak sekolah pun tahu data bank seseorang individu adalah sulit. Dia yang bergelar seorang akauntan tidak tahu ke undang-undang berkenaan ?
Kes anak Nazri Aziz dulu, dia panggil sidang media yang dihadiri puluhan wartawan kononnya untuk mendedahkan bukti salah laku anak Nazri. Akhirnya hanya gambar kereta yang sahaja yang ditayangkannya.
Terbaharu dua hari lepas melalui laporan di malaysiakini menyatakan Rafizi memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna ke atas Syabas kerana gangguan bekalan air.
Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk menuntut pampasan dari SYABAS atas kerugian daripada gangguan bekalan air.Tuntutan itu difailkan bagi pihak 15 orang penduduk Ampang dan Pandan susulan gangguan bekalan air pada Disember tahun lepas dan Ogos baru-baru ini akibat kerosakan rumah pam Wangsa Maju.
Menurut Rafizi yang juga pengarah strategi PKR, tuntutan itu difailkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Tambahnya, Seksyen 53 akta itu menyatakan bahawa setiap perkhidmatan yang diberi kepada pengguna dianggap dijamin ketelitian dan kemahiran munasabah secara tersirat.
Katanya, SYABAS sepatutnya menunaikan tanggungjawabnya dengan baik, berhati-hati dan cekap, dan penduduk tidak sepatutnya kembali menghadapi masalah yang sama dalam tempoh beberapa bulan.
"SYABAS menjalankan tugas ini tanpa teliti dan tidak berkemahiran - sebab itu rumah pam and paip selalu rosak - dan itu telah melanggar hak pengguna yang boleh membuat tuntutan di tribunal," katanya.
Menurutnya lagi, penduduk menuntut pampasan sebanyak RM50 bagi setiap kerugian sehari daripada gangguan itu.
Sebelum pergi lebih lanjut saya nak mencadangkan supaya mana-mana badan atau orang awam agar membuat perkara yang sama terhadap Kerajaan Selangor di atas gangguan bekalan air besar-besaran yang dihadapi dua minggu lepas. Punca gangguan bekalan air dua minggu lepas adalah kerana kegagalan Kerajaan Selangor menjaga sungai sehingga dicemari diesel.
Seperti yang dikatakan diatas, manusia jenis Rafizi mulut dan perbuatan dia yang bergerak terlebih dahulu, otak dia bergerak kemudian. Sebenarnya tindakan yang dia buat itu bakal menyusahkan Khalid Ibrahim. Tak tahulah jika dia memang merancang untuk mensabotaj atau menghuru-harakan Khalid ???
Masalah bekalan air yang sering berlaku di beberapa tempat sekarang berpunca daripada Kerajaan Selangor. Termasuklah rumah pam Wangsa Maju seperti yang dikatakan di atas. Rumah pam berkenaan rosak sering rosak kerana pamnya bekerja lebih daripada kapasiti. Rumah pam tersebut dibina puluhan tahun lepas sesuai dengan kapasiti penggunaan air di kawasan tersebut pada masa itu.
Masalah air di kawasan berkenaan akan selesai dengan terbinanya sebuah rumah pam baru. Tugas membina rumah pam adalah tugas Kerajaan Selangor. Seperti yang kita semua maklum kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim tidak sukakan Syabas. Maka sudah tentu dia tidak mahu mengeluarkan wang bagi membina rumah pam baru dengan tujuan untuk mendajalkan Syabas. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. Melihat kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Selangor di Ampang dan Pandan Kerajaan Persekutuan pada 2012 menyalurkan wang ratusan juta kepada Kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah bekalan air. Lihat di sini
Sebab itu Kerajaan Pusat bersungguh-sungguh hendak bina Langat 2 sekarang walaupun Khalid Ibrahim cuba menghalang. Jangan sampai sudah tiada air baru nak dibina sepertimana yang terjadi di Ampang sekarang. Siapa yang lebih bertanggungjawab menjaga rakyat dan siapa yang cuba mengkhinati rakyat ? Anda nilailah sendiri....
Selain daripada masalah rumah pam masalah paip lama yang sering pecah juga turut menjadi punca bekalan air terganggu di Selangor dan KL. Tugas ganti paip adalah tugas Syabas dan mereka keluarkan wang mereka untuk kerja-kerja menggantikan paip. Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim pula yang menghalang mereka membuat kerja-kerja itu. Lihat di sini
Duit yang Kerajaan Pusat bagi untuk bina rumah pam mereka tak bina. Syabas keluarkan duit sendiri untuk tukar paip pun mereka halang. Sekali lagi anda boleh fikirkan siapa sebenarnya pengkhianat rakyat ???
Masalah utama di Selangor sekarang adalah air terawat. Sewaktu menghadiri taklimat isu air Selangor tahun lepas saya difahamkan rizab air terawat hanya ada 1 peratus sahaja. Loji rawatan air kena jalan 24 jam sehari dan sudah berjalan melebihi kapisiti. Mereka hanya boleh hentikan mesin setahun sekali untuk kerja-kerja penyelengaraan, iaitu pada waktu cuti Hari Raya Aidil Fitri. Sebab pada masa itu bilangan pengguna sangat kurang kerana semua balik kampung.
Atas sebab-sebab itulah Kerajaan Pusat bermati-matian hendak bina loji rawatan air Langat 2 dengan segera. Yang Kerajaan Selangor pula bermati-matian mengatakan air cukup di Selangor. Air mentah memang cukup. Hujan sentiasa turun sungai penuh dan empangan pun penuh. Yang bermasalah adalah air terawat. Nak rawat air perlukan loji. Khalid Ibrahim sanggup ambil air daripada sungai tanpa dirawat untuk digunakan di rumahnya ?
Air mentah dan air terawat ini sama seperti padi dan beras. Yang datang dari bendang adalah padi. Beras pula datang daripada kilang padi. Yang datang dari periuk adalah nasi. Ada orang yang sanggup ambil beras daripada bendang terus tanak nasi ?
Bodoh-bodoh Rafizi pun ada gunanya juga kepada kita. Tindakan dia lakukan perkara di atas sebenarnya satu tindakan yang bagus. Banyak pekung busuk Kerajaan Selangor akan terdedah semasa pendengaran tribunal berkenaan kelak. Jadi rakyat boleh tahu perkara sebenar. Semoga Rafizi tidak sesekali menarik balik tuntutan berkenaan.
Facebook Comments Plugin Enhanced by
KB Tricks Blogger Tutorials
No comments :
Post a Comment