Pages

Popular Posts

Sunday, September 22, 2013

~~ Berdiri diatas kaki sendiri ~~

Memenangi sesuatu adalah satu hasil upaya atau kederat sendiri dengan bantuan dari sekeliling. Bagaimana untuk menang, ia perlukan strategi dan segala kepandaian mahupun jua pengalaman yg ada. Bijak bermain kata ditambah dengan aura diri yang sedia ada, seiring dengan kekuatan.

Mempertahankan adalah perkara yang paling susah, bila kala kita berada di atas pastinya tidak akan mudah untuk jatuh semula ke bawah. Dalam mempertahankan tidak susah jika kita berada dalam perjalanan yang betul dan disenangi. Dalam arus pemodenan ini, banyak yang sudah berubah, dahulu 'Berani kerana Benar, Takut kerana Salah" tetapi waktu ini peribahasa ini menjadi songsang.

Masyarakat kini adanya yang takut hendak bersuara disebabkan kerana suatu kebenaran, tetapi lebih menegakkan benang yang basah. Lebih parah lagi benang yang sudah terbakar pun masih jua hendak diberi harapan.

Melihat ke organisasi suatu pertubuhan, apabilanya bermulanya perjalanan karier itu dia akan bertapak dari satu peringkat ke satu peringkat. Bila semakin lama, bertambah matanglah ia. Kematangan itu akan membentuk nilai peribadi insan.

Baru atau lama, sebenarnya tiada beza jika wawasan mereka dalam haluan yang sama. Idea disertakan dengan perlaksanaan akan nampak lebih baik. Telitinya perlaksanaan itu bila ia dirancang dengan teratur dan diuruskan dengan mereka bertanggungjawab...............
Facebook Comments Plugin Enhanced by KB Tricks Blogger Tutorials

No comments :

Post a Comment