Pages

Popular Posts

Tuesday, September 24, 2013

Terpilih atau Dipilih

Norma masyarakat kini lebih tertumpu apa yang bakal diperolehinya atau ganjaran untuk sesuatu tugas. Balasan dalam pelbagai bentuk yang memungkinkan memadam nilai murni. Bagaimana ianya secara perlahan diterapkan dan menjadi sifat tambahan? Dari mana ianya wujud? Kenapa ianya tak pernah dibongkar?

Secara umunya setiap orang ada rahsianya sendiri, dan  rahsia itu dikongsi dikalangan orang kepercayaan mereka. Rahsia yang paling selamat adalah secara lisan, percakapan antara dua muka tanpa ada orang ketiga. Apapun yang berlaku hanyalah mereka berdua sahaja. Rahsia melalui pesanan ringkas, surat atau emel adalah bukti yang nyata.

Halus atau besarnya suatu rahsia ditentukan oleh sebanyak mana kesannya keatas sistem organisasi itu, tetapi sejauh mana keikhlasan dan kejujuran penyimpan rahsia itu sendiri. Tatkala Si Kawan gah meneraju dan mewah atas hasil usahanya, cemburu mula menguasai. Di waktu ini merasakan diri tertindas dan ketidakpuashatian. Misi bermula dengan mencari pengaruh dan yang sependapat dengannya, rahsia mula terurai satu persatu.

Itulah norma yang berlaku, tidak puashati apa yang ada sekarang. Rezeki itu Allah tentukan. Setiap mereka tidak akan menerima hasil yang sama. Tiada malu lagi pada diri, hanya fikirkan diri sendiri yang terbaik.

Takdir atau ketentuan, adalah dari hasil Doa anda sekelian. Semakin dekat padanya semakin kita diuji... MRAJ
Facebook Comments Plugin Enhanced by KB Tricks Blogger Tutorials

No comments :

Post a Comment