Ketua Pemuda: Akhramsyah cabar Khairy
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO memasuki episod baharu hari ini apabila Akhramsyah Sanusi mengesahkan akan mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam pemilihan parti Oktober ini.
Melalui entri dalam blog beliau thoughtsintangents.blogspot.com/, Akhramsyah, 39, yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berhasrat berbuat demikian adalah untuk mengembalikan kegemilangan pergerakan itu.
''Ia berlandaskan kepada nilai-nilai keikhlasan dalam perjuangan dan bersatu dalam melaksanakan agenda Melayu,'' katanya.
Akhramsyah berkata, perjuangannya dalam kepemimpinan Pemuda bukan untuk agenda sendiri.
Sebaliknya, tegas beliau untuk membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan kesemua warga muda UMNO khususnya.
Akhramsyah berkata, beliau akan membentangkan secara terperinci visinya selepas membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
---
Facebook Comments Plugin Enhanced by
KB Tricks Blogger Tutorials
No comments :
Post a Comment