Bertempat di AEON BANDARAYA MELAKA, tayangan Tanda Putera telah dihadiri lebih 800 perwakilan Puteri Melaka. Program yang dianjurkan bersama Puteri UMNO Negeri Puteri UMNO Tangga Batu & Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah serta IKSEP Melaka turut disertai dua pelakon utama filem ini iaitu Rusdi Ramli & Zizan Nin.
Ketua Puteri Melaka yang juga Calon Ketua Puteri Malaysia , YB Mas Ermieyaty berkata "Tanda Putera merupakan sebuah karya yang bagus; bukan sebuah menghiburkan malahan ia merupakan sebuah karya yang penuh dengan fakta & ilmiah yang mana wajar ditonton oleg semua lapisan masyarakat, terutamanya generasi muda yang masih tidak memahami kejadian 13 Mei. Agak malang buat filem ini apabila dijadikan mangsa pihak yg xbertanggungjawab yg menghasut utk memboikot filem ini."
Beliau berkata " setelah menonton dan memperhalusi sebenarnya tidak mudaratnya utk dipertonton kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum . Ini adalah kerana jika sentimen racis ataupon perkauman terus dipermainkan dan di politikkan, maka akan rugilah industri filem negara malah jika perkara ini berterusan terhadap filem ini, pihak produksi akan menanggung kerugian jika terperap begitu sahaja"
"Filem ini ( tanda putera) sebenarnya cuba memaparkan usaha2 yg telah dilakukan oleh kedua dua tokoh UMNO dalam usaha menangani isu perkauman antara melayu dan cina seperti yang telah digarap dalam jalan cerita ini."
Menjawap pertanyaan mengapa kita harus menonton filem Tanda Putera ini, beliau berkata " Filem ini menderahkan fakta sebenar apa yang telah berlaku pada tarikh hitam dalam sejarah Malaysis 13 Mei 1969; selain itu filem ini juga banyak memaparkan nilai2 murni antara kaum yg boleh dipraktikan di masa ini"
Facebook Comments Plugin Enhanced by
KB Tricks Blogger Tutorials
No comments :
Post a Comment