"Nak bawak balik si lahanat tu? Dia xtau aku bukan main susah naik bukit , turun payo lawan musibat tu, dio sonang2 yo nak bawak balik? Kalau dio bawak balik, langkah mayat aku dulu!" - antara lontaran yang diberikan org2 "lama" bila J'D menyebut tentang hasrat MCA utk bawak balik ABU CHINPENG.
Apakah ini langkah popular MCA utk menarik undi?
Atau sengaja utk cari pasal dengan UMNO?
Jgn lupa bekas2 perajurit yg bersumpah tidak akan membenarkan CHIN PENG mahupon ABU nya sekali masuk kenegara ini!
MCA Desak Kerajaan Benar Abu Mayat Chin Peng Dibawa Pulang
Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.
Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.
"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.
Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.
"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.
Semua agama tegas Gan menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Najib menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. -- MI
Facebook Comments Plugin Enhanced by
KB Tricks Blogger Tutorials
No comments :
Post a Comment