Pages

Popular Posts

Friday, September 20, 2013

PANAS: MCA MENGECAM NAJIB RASIS

Sekalung tahniah buat DS Najib kerana Lantang menghalang sebarang usaha membawa balik ABU Chon Peng kenegara ini.


MCA mengecam tindakan ini. Sedangkan OSAMA LADEN mayatnya tidak dibenarkan sesiapa melihat malah dibuang ditengah laut. 

Luka didalam hati akibat perbuatan CHIN PENG masih menebal didalam hati rakyat Malaysia. Tidak kira kaum, semuanya mencela tindakan utk membawa balik ABU CHIN PENG INI. 





Kerajaan PM Najib rasis,MCA mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang.

Menjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua pengganas Muslim di sini.

Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini.

Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-duanya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004.

Katanya, Kerajaan BN tidak perlukan lagi sebarang publisiti buruk dengan dilihat membuat keputusan berdasarkan perkauman.

Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa.

Sehubungan itu, katanya, MCA merayu supaya abu Chin Peng, anak kelahiran Setiawan itu, dibenarkan dibawa pulang.

"Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, Lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?" soalnya.
Facebook Comments Plugin Enhanced by KB Tricks Blogger Tutorials

No comments :

Post a Comment